Panel Penilai Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Agency, MQA) telah mengadakan lawatan ke UMT pada 31 Mei hingga 1 Jun 2023 (Rabu – Khamis) bagi tujuan penilaian Akreditasi Penuh program Sarjana Muda Sains (Geosains Marin) dengan Kepujian, yang ditawarkan di bawah Fakulti Sains dan Sekitaran Marin UMT.
Lawatan penilaian selama 2 hari ini melibatkan sesi semakan dokumen program, temu bual bersama pensyarah dan pelajar, pemerhatian proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) serta lawatan ke bilik kuliah, makmal dan fasiliti yang berkaitan.
Penilaian Akreditasi Penuh ini adalah untuk memastikan program akademik yang ditawarkan oleh UMT menepati standard kualiti dan mematuhi Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF).
Proses penilaian ini telah berjalan dengan baik dan lancar. Terima kasih di atas segala kerjasama yang telah dihulurkan oleh FSSM dan semua warga UMT, sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan proses penilaian ini.