Pengekalan Akreditasi Penuh

Tahniah kepada Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial (FPEPS) di atas Pengekalan Akreditasi Penuh bagi Program Akademik Pascasiswazah Sarjana Ekonomi

Akreditasi Sementara

Tahniah kepada Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan (FTKK) di atas kelulusan Akreditasi Sementara bagi Program Akademik Prasiswazah Sarjana Muda Sains Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan Teknologi Persekitaran (Kepujian)

Pengekalan Akreditasi Penuh

Tahniah kepada Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) di atas kelulusan Pengekalan Akreditasi Penuh bagi Program Prasiswazah Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran Mudah ALih) dengan Kepujian

Pengekalan Akreditasi Penuh

Tahniah kepada Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial (FPEPS) di atas kelulusan Pengekalan Akreditasi Penuh bagi Program Pascasiswazah Sarjana Kaunseling

Audit Dalaman Bersepadu (IIA) UMT Tahun 2025

Audit Dalaman Bersepadu UMT 2025 sedang berlangsung mulai 15 Jun hingga 25 Ogos 2025. Seperti mana pelaksanaan sebelum ini, audit ini akan merangkumi semakan pematuhan terhadap keperluan MS ISO 9001:2015 (Sistem Pengurusan Kualiti – QMS), ISO/IEC 27001:2022 (Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat – ISMS) dan Kualiti Akademik (AQ).

Siri 1: Bengkel Implementing MQF2024

Bengkel ‘Implementing MQF2024’ anjuran Jawatankuasa Latihan, Majlis Pengurusan Kualiti Universiti Awam (MPQ-UA) telah berlangsung pada 10 Februari 2025 (Isnin) bertempat di The Everly Hotel Putrajaya. Ucapan alu-aluan pembukaan dan penutup telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr. Zainal bin Zakaria, Pengerusi MPQ-UA. Jutaan penghargaan dan terima kasih kepada penceramah jemputan iaitu YBhg. Sr. Ir. […]

Siri 2: Bengkel Implementing MQF:2024 (Research Based Programmes)

Siri 2: Bengkel Implementing MQF:2024 (Research Based Programmes) telah diadakan pada 25 JUn 2025 bertemapt di The Zenith Hotel, Putrajaya. Penceramah jemputan adalah YBhg. Sr. Ir. Dr. Haji Suhaimi bin Abdul Talib. Program ini adalah di bawah Majlis Pengurusan Kualiti Universiti Awam (MPQ-UA)

Kursus Pengendalian Audit (Etika Juruaudit)

Kursus Pengendalian Audit (Etika Juruaudit) telah dilaksanakan pada 28 dan 29 April 2025 bertempat di Dewan Seminar 1&2, Pusat Konvensyen UMT serta dihadiri oleh semua Juruaudit Dalaman UMT bagi skop QMS, ISMS dan juga AQ dan Panel Penilai Dalaman UMT.