Audit Dalaman Bersepadu (IIA) UMT Tahun 2025

Audit Dalaman Bersepadu UMT 2025 sedang berlangsung mulai 15 Jun hingga 25 Ogos 2025. Seperti mana pelaksanaan sebelum ini, audit ini akan merangkumi semakan pematuhan terhadap keperluan MS ISO 9001:2015 (Sistem Pengurusan Kualiti – QMS), ISO/IEC 27001:2022 (Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat – ISMS) dan Kualiti Akademik (AQ).