Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh bagi Program Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran Mudah Alih) dengan Kepujian, Universiti Malaysia Terengganu

Panel Penilai Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Agency, MQA) telah mengadakan lawatan ke UMT pada 29 hingga 30 Mei 2023 (Isnin- Selasa) bagi tujuan penilaian Akreditasi Penuh program Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran Mudah Alih) dengan Kepujian, yang ditawarkan di bawah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik (FTKKI).
Lawatan penilaian selama 2 hari ini melibatkan sesi semakan dokumen program, temu bual bersama pensyarah dan pelajar, pemerhatian proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) serta lawatan ke bilik kuliah, makmal dan fasiliti yang berkaitan.
Penilaian Akreditasi Penuh ini adalah untuk memastikan program akademik yang ditawarkan oleh UMT menepati standard kualiti dan mematuhi Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF).
Proses penilaian ini telah berjalan dengan baik dan lancar. Terima kasih di atas segala kerjasama yang telah dihulurkan oleh FTKKI dan semua warga UMT, sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan proses penilaian ini.