Siri 1: Bengkel Implementing MQF2024

Bengkel ‘Implementing MQF2024’ anjuran Jawatankuasa Latihan, Majlis Pengurusan Kualiti Universiti Awam (MPQ-UA) telah berlangsung pada 10 Februari 2025 (Isnin) bertempat di The Everly Hotel Putrajaya. Ucapan alu-aluan pembukaan dan penutup telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr. Zainal bin Zakaria, Pengerusi MPQ-UA.

Jutaan penghargaan dan terima kasih kepada penceramah jemputan iaitu YBhg. Sr. Ir. Dr. Hj. Suhaimi bin Abdul Talib. Ribuan terima kasih juga diucapkan di atas kehadiran seramai 54 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli MPQ-UA dan juga wakil seluruh Universiti Awam.

Bengkel ini telah diselaraskan oleh Pusat Pengurusan dan Penjaminan Kualiti UMT selaku sekretariat di bawah JK Latihan MPQ-UA, yang dipengerusikan oleh Pengarah PPPK UMT, Tuan Haji Mohd Nor Shokri bin Haji Abd. Rahman Shokri Abd Rahman dan Pusat Jaminan Kualiti UMS selaku urus setia induk MPQ-UA. Terima kasih juga diucapkan kepada Puan Fatin, Jurugambar daripada Institute of Quality and Knowledge Advancement – InQKA, UiTM.