Audit Dalaman Bersepadu UMT 2023 sedang berlangsung mulai 12 Jun hingga 20 Julai 2023. Seperti mana pelaksanaan sebelum ini, audit ini akan merangkumi semakan pematuhan terhadap keperluan MS ISO 9001:2015 (Sistem Pengurusan Kualiti – QMS), ISO/IEC 27001:2013 (Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat – ISMS) dan Kualiti Akademik (AQ).
Audit Dalaman Bersepadu pada tahun ini akan dilaksanakan secara bersemuka dan juga dalam talian dan melibatkan semua PTj di UMT, bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti, Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat dan Kualiti Akademik, mengenalpasti ketidakpatuhan yang wujud serta mengambil tindakan pembetulan dan penambahbaikan sekiranya ada.
Kerjasama dan komitmen tinggi yang bakal dihulurkan oleh semua warga UMT amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.