1. Apa itu ISO 9001 dan kenapa ia penting?
Jawapan: ISO 9001 adalah satu standard antarabangsa untuk Sistem Pengurusan Kualiti (QMS). Ia membantu organisasi memastikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah konsisten serta memenuhi kehendak pelanggan dan keperluan perundangan.
2. Apakah maksud “Pendekatan Berasaskan Risiko” dalam ISO 9001:2015?
Jawapan: Pendekatan berasaskan risiko bermaksud organisasi perlu mengenal pasti, menilai dan mengambil tindakan terhadap risiko dan peluang yang boleh memberi kesan kepada pencapaian objektif kualiti serta keberkesanan QMS.
3. Apakah 7 Prinsip Pengurusan Kualiti?

4. Apakah itu ISO/IEC 27001:2022 dan kenapa ia penting?
Jawapan: ISO/IEC 27001:2022 ialah piawaian antarabangsa untuk Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS). Ia menyediakan rangka kerja untuk melindungi kerahsiaan, integriti dan kebolehcapaian maklumat melalui penilaian risiko dan kawalan keselamatan yang sistematik.
5. Apakah perubahan utama dalam versi 2022 berbanding versi 2013?
Jawapan: Antara perubahan utama termasuk:
-
Penstrukturan semula lampiran kawalan (Annex A) kepada 4 tema utama: Organisasi, Orang, Fizikal, dan Teknologi
-
Pengurangan jumlah kawalan daripada 114 kepada 93 kawalan (melalui penggabungan dan penambahan kawalan baharu)
-
Penekanan lebih besar terhadap pendekatan berasaskan risiko, penyelarasan dengan piawaian ISO yang lain, dan cybersecurity.